Rabu, 29 Ogos 2012

RESEPI KEK PUDING CARAMEL PELANGI

Belum terlambat lagi utk Zil mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam. Maaf Zahir Batin..hihihi..  lama zil tak update blogs.. Malas dan tak tahu nak update apa sbnrnya.. ok.. kali ni zil update sebab zil nak simpan resepi yg dah zil cuba dalam blogs. senang utk zil rujuk pd masa akan dtg..

Kek Puding Caramel pelangi ni sedap tau.. first time zil rasa masa raya pertama hari tu.. beraya di rumah kawan nampak kek ni.. tertarik utk rasa sepotong.. bila dah mkn spotong, ambil lagi spotong.. suami zil pun suka. siap nak minta kawan orderkan utk kami lagi.. Tp bila dah balik rumah, hati ni berkobar2 nak cari resepi tu kat internet.. akhirnya jumpalah.. tp kena banyak baca tips dr blogs ke blogs..  Maafkan Zil sebab copy paste resepi ni.. zil lupa ambil sumber ni dr blogs mana.. sebab zil ambil campur2.. hihihihi... Zil bagi 5bintang utk resepi ni.. memang sedap.. gebu je kek span pelangi tu.. bila rasa cam ada rasa ais krim..

RESEPI KEK PUDING CARAMEL PELANGI

Bahan-bahan untuk Gula Hangus:
  • 1 1/2 sudu besar gula (*2 sudu besar rasa banyak sangat bg Zil, nanti kek basah)
  • Loyang 8 inci / 20cm

Cara-cara:
  1. Masukkan gula di tengah loyang kek, agak-agak di kawasan api dapur supaya senang gula cair.
  2. Panaskan dengan api perlahan di atas dapur.
  3. Biarkan sehingga gula cair dan bewarna perang dan tidak perlu di kacau. *tp zil hanya gerakkan loyang tu agar memenuhi permukaan loyang. If tak penuh juga, guna sudu tarik2 sikit utk memenuhi dasar loyang… 
  4.  Ketepikan dan sediakan pula adunan pudding. Air gula akan mengeras, biarkan sahaja. Gula ini akan cair apabila di bakar bersama dengan adunan puding dan kek nanti.
Bahan-bahan untuk Puding 
  • 200ml fresh milk / susu cair (1/2 tin susu cair) 
  • 3 biji kuning telur (*Putih telur masukkan terus ke dalam mangkuk pengadun lain untuk meringue nanti) 
  • 70 gram gula castor 
  • 1 sudu kecil esen vanila

Cara-cara:
  1. Asingkan 3 biji putih telur dan kuning telur. Masukkan 3 kuning telur di dalam mangkuk kecil dan 3 biji putih telur ke dalam mangkuk pengandun ntuk bahan kek adunan 2 (meringue) nanti..  
  2. Kemudian satukan telur dan semua bahan-bahan di atas ke dalam mangkuk. Kacau perlahan-lahan supaya tidak berbuih. 
  3.  Bila semua sebati, tapiskan ke dalam loyang gula hangus tadi. 
  4.  Semasa memasukkan bancuhan puding,  gula hangus akan berbunyi seperti kaca pecah.
  5. Tidak perlu dibakar dahulu adunan ini.Ketepikan. Sediakan pula lapisan untuk kek bahan 1

Bahan-bahan untuk Kek:

Adunan  1:
  • 3 biji kuning telur ( 3biji putih telur masukkan ke bahan meringue – bahan adunan 2) 
  • 130 ml air
  • 50 ml minyak masak 
  • 70 gram gula castor
  • 140 gram tepung gandum 
  • 1 sudu teh baking powder

Cara-cara:
  1. Pukul kuning telur, air dan minyak masak sehingga putih dan gebu.
  2. Masukkan gula castor dan pukul lagi sehingga kembang 
  3. Matikan mixer. 
  4. Kemudian masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dengan cara menayak tepung tadi dlm adunan. Kacau dengan senduk kayu secara kaup balik sehingga semua bergaul sebati.
 
Adunan 2 (Meringue)
  • 6 biji putih telur ( 3 biji putih telur dari bahan puding + dgn 3 biji putih telur dari adunan kek 1)*pastikan tidak tercampur dengan kuning telur.
  • 70 gram gula castor 
  • 1 sudu kecil cream of tar tar
Cara-cara:
  1. Pukul putih telur sehingga berbuih. (*pastikan guna mixer yg kering dan bersih)
  2. Masukkan gula castor dan cream of tar tar. 
  3. Pukul lagi dengan speed tinggi sehingga kental dan kaku. 
  4. Apabila mangkuk pengadun diterbalikkan adunan tidak tumpah
  5.  
  6. Masukkan separuh adunan 2 (meringue) ke dalam adunan 1. Kaup balik perlahan-lahan. Kemudian masukkan semua adunan 2 dan kacau rata secara kaup balik. 
  7. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian sama banyak. Rujuk gambar 9 
  8. Warnakan dengan warna pilihan anda.
  9. Sudukan 4 sudu besar adunan color yg pertama ke tengah2 dalam loyang puding tadi. Tidak perlu risau, adunan kek tidak akan tercampur dengan adunan caramel tadi.. Adunan kek akan terapung di atas adunan puding. Adunan akan bergerak kiri kanan. 
  10. Sudukan 4 sudu besar adunan color ke dua di tengah2 adunan color yg pertama tadi, diikuti 4 sudu besar adunan color ke tiga di tengah adunan adunan color yg kedua (2 kali untuk 4 sudu setiap warna) 
  11. Kemudian 3 sudu besar adunan color pertama, 3 sudu besar adunan color kedua diikuti 3 sudu besar adunan color ke tiga. Diulang sebanyak 3kali.
  12. Diikuti dengan 2 sudu besar setiap warna sebanyak 2 kali dan akhir sekali 1 sudu besar setiap warna sehingga adunan habis.
  13.  
  14. Panaskan oven 160 degree.
  15. gunakan tray oven. Masukkan air ke dalam tray oven kemudian letakkan loyang berisi kek di atas tray berisi air tadi kemudian bakar di dalam oven. Atau Masukkan air ke dalam loyang yang lebih besar dari loyang kek. Kemudian letakkan loyang kek ke dalam loyang berisi air dan bakar di dalam oven...
  16. Bakar secara double boiler atau bain marie selama 50 minit- 1jam atau sehingga kek dan puding masak di rak paling bawah dalam oven. *masa bakar zil guna 150degree dan guna api bawah saja.. kalau guna api atas bawah tak gebu.. jangan cuba kaedah kukus.. zil pernah try tak menjadi. 
  17. Setelah masak biarkan kek di dalam oven selama 10 minit atau sehingga keliling kek lekang dari loyang. Nampak tak gambar kat bawah ni.. dia akan lekang sendiri kat tepi kek tu. 
  18. Terbalikkan ke atas pinggan dan kek akan turun sendiri. 
  19. Segera lap lebihan air gula yang meleleh dan di atas puding secara perlahan dan berhati-hati supaya kek tidak basah. 
  20. Potong kek semasa kek benar-benar sejuk dan hidangkan. Sedap di makan selepas disejukkan di dalam peti sejuk. Selamat Mencuba.
  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan