Isnin, 6 Jun 2011

JUS ALPUKAT/AVOCADO

Dah lama sebenarnya Zil teringin nak buat jus ni. baru sabtu hari tu berkesempatan nak buat. Jus ni khas utk suami tercinta. Jus ni sedap sangat dan popular di Bandung. Orang sana ni kreatif la bab2 makanan. Tak boleh nak dinafikan lagi. sedap.. Jumaat hari tu time lunch gi Jusco sorang2 semata2 nak beli buah Avocado ni.. Mak oi.. mahalnya buah ni. satu biji je harganya RM4.99. Zil tak tahu nak pilih buah avocado ni. ni first time beli.. Zil beli 3 biji je.. nak cuba dulu jadi ke tak.. Zil hidangkan jus ni bersama2 dengan cheese cake.. nyum2 sedap.. hidangan minum petang kami.. hehehe..

Rumah Zil tiada gelas yg kosong.. hihihi.. tak lah berapa cantik dengan yang asal.. tp rasa tu sedap..

Bahan bahan

1 biji buah avocado yang masak
2 sudu makan susu pekat
1/2 cawan air masak (*Zil tak guna air masak, zil gantikan dengan fresh milk. suka2 zil je tukar)
Beberapa ice cube
Sos soklat (*Zil guna coklat Hersye's)

Cara
Kisar semua bahan hingga hancur. Tuang ke dalam gelas. Tuangkan sos coklat sebelum menikmati jus ni.

Saiz Hidangan : 1 orang

Ahad, 5 Jun 2011

PISANG BAKAR BERKACANG


Ni adalah desert Zil pada Ahad petang semalam.. Resepi ni mudah disediakan dan sedap dimakan.. Idea resepi ni disebabkan Zil teringin sangat nak makan pisang bakar seperti di Bandung. Jadi Zil cuba google dan cari info. Jadi zil gabungkan resepi2 yg boleh menjadi seperti resepi di bawah ni. Zil tak tahu nak letak tajuk resepi ni apa.. jadi zil namakan sendiri la ya.boleh?. Respons dari En Suami kata sedap. Jom layan resepi :

Bahan :

Pisang Bakar
10 biji pisang raja (*zil guna pisang berangan. pisang raja dah habis kat TM. tp tetap sedap)
3 sudu makan margerin
2 sudu kecil serbuk kayu manis

Sos Caramel
150gm gula pasir
50ml whip cream
2 sudu makan margerin

Serbuk kacang
1 mangkuk kecil kacang


Cara-cara
  1. Sos Caramel : Panaskan gula pasir dalam kuali dengan api kecil hingga menjadi karamel. Masukkan krim kental dan mentega gaul hingga rata dan gula larut. Angkat dan sejukkan.
  2. Serbuk kacang : disangar dalam api yg kecil. sangar sehingga kacang masak. kemudian ditumbuk. Jangan terlalu halus.
  3. pisang bakar : panaskan mentega dalam periuk leper, sehingga mentega cair. masukkan pisang dan pusing balik sehingga pisang masak. Kemudian angkat dan taburkan dengan serbuk kayu manis dan bakar di dalam oven sehingga nampak kuning kecoklatan.
  4. hidangkan pisang bakar tersebut di atas pinggan, dan siramkan dengan karamel yang telah disejukkan tadi, kemudian ditaburkan dengan serbuk kacang.
  5. kemudian boleh dihidang dan dimakan..

*hiasan terpulang pada individu masing2.. resepi ni boleh dipelbagaikan. kawan-kawan boleh menukarkan karamel tu kepada krim coklat dan tambah keju..
Saiz hidangan : 5orang

SELAMAT MENCUBA